MENGAPA LALU...JIKA TAK SINGGAH...UCAPLAH SALAM PADA TUAN RUMAH...INSYAALLAH DIJAWAB DENGAN RAMAH...ADALAH JUADAH UNTUK DI JAMAH...

Tuesday, 25 October 2011

KUIH LOMPANG

 Diteliti dari bahannya ..memanglah mudah dan murah utk didapati..tapiiii...bukan semua orang rajin atau tahu membuatnya...kebanyakannya akan berkata..tak pernah buatlah...takut tak jadi,..tak de masa,,,beli lagi senang...itulah yang selalu kita dengarkan...
Ape2 pun ita share resepinya...bagi yang rajin nak mencuba tu ..silakan...


Bahan A
1 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu besar esen vanila
secubit garam
pewarna ikut suka


Bahan B
2 cawan air mendidih
1 cawan gula


Intinya
Kelapa parut [muda/putih] + garam


Caranya:-
Panaskan pengukus.
Masukkan daun pandan kedlm air kukusan
Satukan semua bahan A kecuali pewarna dan kacau sebati.
Dalam bekas lain satukan bahan B dan kacau hingga gula hancur. Campurkan bahan A dan B. Kacau sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian.
Bubuh pewarna yg di sukai pda setiap bahagian.
Tuang dalam acuan.
Kukus anggaran 15 minit hingga berlubang ditengah dan berkilat.
Biarkan sejuk baru dikeluarkan dari acuan.
Letakkan kelapa diatasnya..siap..
 Sedap buat menu minum petang..
Boleh jugak buat balas pinggan jiran yang dah bersusun kat rumah tu...

No comments:

Post a Comment