MENGAPA LALU...JIKA TAK SINGGAH...UCAPLAH SALAM PADA TUAN RUMAH...INSYAALLAH DIJAWAB DENGAN RAMAH...ADALAH JUADAH UNTUK DI JAMAH...
Sunday, 16 October 2011
'KUIH CARA BERLAUK'
Kenapa kuih ni terpilih sebagai menu pertama dalam blog ni..?? sebabnya..kuih ni paling banyak cerita dan sejarahnya dalam kehidupanku. Bermula dari suka memakannya...sejak di alam persekolahan [kanak2 lagi] Ita belajar membuatnya dari ibusaudara [ orang Melaka ] kuih ni memang popular di melaka..kalau kenduri kendara atau apa2 majlis keramaian , kuih ni salah satu menu terpilih...Pada ketika tu pembuatan kuih ni adalah secara tradisional..iaitu menggunakan arang dan kulit sabut kelapa sebagai bahan pembakarnya..sikit punya susah..berair2 mata sebab kena asap...dipendekkan cerita sekarang kuih ni Ita buat dah guna dapur gas..lebih mudah ..mulanya buat utk makan sendiri ,beri pada jiran2 atau sebagai pemberian [ buah tangan] pada kawan2 ketika berkunjung kerumah mereka....akhirnya mula mendapat tempahan..dan kini telah hampir sepuluh tahun berjualan kuih ni [ hanya menerima tempahan] bukan jualan harian...sambutan amat menggalakkan ..ada juga kawan2, jiran dan pelanggan2 yang menempah kuih ni sebagai buah tangan ketika mereka hendak balik kampung masing2..rasanya dah merata jugak kuih ni dibawa pergi ke kuala lumpur, terengganu,pahang .singapura, sabah dll. Pada jiran2 yang duduk berhampiran semasa Ita di Tmn Melati dulu pernah jugak ita tunjuk ajar pada mereka..tapi..oleh kerana cara pembuatan nya yang agak mencabar dan renyah ..jarang mereka nak membuatnya sendiri..akhirnya tempah ajelah ...lagi senang kata mereka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment