Bahan2nya
Untuk lapisan bawah
700 g beras pulut [ direndam selama 6 jam]
600 ml santan
sedikit garam
Toskan beras pulut
Masukkan dlm loyang yg telah dialas plastik
Masukkan santan yg telah dicampur dgn sedikit garam
Kukus hingga pulut kembang
Bila dah masak tekan bagi pulut padat
Untuk bahagian atas
100 g tepung kastard
800 ml santan yang dicampur dgn jus pandan
300 g gula
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perasa pandan
20 g tepung gandum
pewarna hijau
Caranya;-
Satukan semua bahan
Kacau dan tapis
Masak atas api hingga naik wap sje
Tuang atas lapisan bawah tadi
Kemudian kukus selama 20 minit
* utk mengelakkan adunan atas masuk kedlm pulut
letak hanya sesenduk dulu..kemudian ratakan..bila dah keras sikit baru tuangkan semua..
YANG NI APAM BERAS....SUKE TAK?..KALAU SUKE KENYIT MATA...BUKAN NAK MENGATALAH..APAM NI MEMANG SEDAP...HINGGA TAK TERKATA...SEBAB BILA MAKAN TAK BOLEH BERCAKAP TAU NANTI HABIS KELAPA TERSEMBUR KELUAR...TU YG TAK TERKATA TU...HE..HE..HE..NAK CUBA BUAT TAK?...ASYIK DUK BELI JE ...JOM LAH CUBA BUAT SENDIRI...
Bahan2nya
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan gula halus
2 1/2 cawan air masak
1 paket yis segera
pewarna ikut suka sendiri
Cara2nya
Kisar semua bahan kecuali pewarna hingga sebati
Masukkan dlm bekas kedap udara dan perapkan selama 3 jam
Warnakan adunan tadi
Masukkan dalam acuan @ loyang
Kukus lebih kurang 10 minit...
opppsss lupa lak...kelapa putih campur sikit garam..
No comments:
Post a Comment