MENGAPA LALU...JIKA TAK SINGGAH...UCAPLAH SALAM PADA TUAN RUMAH...INSYAALLAH DIJAWAB DENGAN RAMAH...ADALAH JUADAH UNTUK DI JAMAH...

Monday, 14 November 2011

KEK COKLAT MOIST...

 KEK COKLAT COMEL...
Dengan saiznya yg comel..tentunya mudah utk d makan..
Banyak juga tempahan yg ku terima yang menginginkan kek saiz comel ni...utk birthday party..@..buah tangan utk ke majlis rumah2 teman,jiran dan sebgainya...
Bagi penggemar kek coklat...tentulah kek ni menawan selera...
Bagi yang nak cuba buat sendiri...jom kita tenguk resepinya


Bahan2nya;-
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak mazola [minyak masak pun boleh]
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil sods bikarbonat
Secubit garam


Caranya;-
Campur sekali tepung gandum,gula halus,serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder.
Pukul telur hingga kembang
Masukkan bahan campuran tadi
Kemudian masukkan susu cair,minyak dan akhir sekali air panas
Serta secubit garam
Kacau sebati
Kemudian masukkan dlm bekas yg disapu sedikit minyak
Kek ini boleh dikukus @ dibakar


Topping utk kek
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak
1/4 cawan susu cair
Masak secara double boiler atas api yg sederhana
Kacau hingga pekat
Biarkan sejuk sikit baru di curah atas kek

No comments:

Post a Comment