Soto..memang salah satu menu feberet keluarga...soto nasi @ soto mee hoon..selalu menjadi pilihan...
Tapi kali ni rempah sotonya...datang dari jauh...salah seorg friend fb yang mengusahakan pengeluaran rempah sotonya sendiri...tok mak dari kuantan...memang sedappp...rempah sotonya...cukup rasa dan memang menyelerakan...
Resepinya...
Bahan2nya:-
Nasi impit segera direbus kemudian sejukkan
1 ekor ayam dibelah 4
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
4 sudu rempah soto dibancuh dgn sedikit air
Sedikit kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih utk tumisan.
Caranya;-
Tumis bahan yang dihiris bersama bahan tumisan hingga naik bau
Masukkan rempah soto
Kacau biar sebati
Kemudian masukkan air secukupnya
Masukkan ayam dan biarkan mendidih dan ayam lembut
Keluarkan ayam kemudian siat2kan isinya
Tulang ayam tadi dimasukkan semula kedlm sup
Bubuh garam dan gula
Sambal kicap
15 biji cili padi[goreng hingga pecah kulit]
6 ulas bawang putih goreng bersama cili
1/2 cawan kicap manis
1 biji limau nipis @ limau kasturi
3 sudu makan gula
Cara
Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
Masukkan gula
Masukkan kicap dan perah limau
Kacau rata dan simpan dlm petiais 1 jam seblum dihidangkan
Bahan sampingan yg dimakan dgn soto
Pengedil
taugeh dicelur sikit
bawang goreng
kacang tanah yg digoreng
soo hoon yg digoreng
daun sup
No comments:
Post a Comment