Assalamualaikum....lama betul tak masukkan n3 kat sini...sebenarnya selain sibuk memenuhi tempahan...selalunya ita masak menu yg sedia ada d blog ni...tu sebabnya tak masuk kat sini...
Kali ni nak share resepi kek keju buah pic ni kat sini...walau pun kebanyakkannya ramai yang dah tahu membuatnya...tapi ita percaya ramai juga yang belum tahu dan belum pernah mencubanya...manalah tahu kot2 bila lihat pic kek ni...teruja nak mencuba...bolehlah cuba...
Bahan2nya..
Bahan A
150 gram biskut marie [dihancurkan]
80 gram mentega[dicairkan]
Bahan B
20 gram gelatin
80ml air panas
Bahan C
150 gram gula kastor
250 cream cheese [keju krim]
Bahan D
150 ml susu segar U.H.T
Bahan E
200 whipping cream [krim putar]
200 ml jus oren/lemon
Bahan F
1 tin buah peach [Ambil separuh, potong dadu dan separuh lagi utk hiasan atas kek]
Cara2nya;-
1. Hancurkan biskut marie dan masukkan mentega cair.Tekan sekata dalam acuan mousse.Sejukkan didlm petiais.
2. Larutkan bahan B dan ketepikan dulu
3.Pukul bahan C hingga gebu dan lembut
4.Kemudian masukkan bahan D dan bahan E pukul dgn kelajuan sederhana hingga sebati.
5. Bancuh gelatin dgn air panas hingga melarut dan sekata.Kemudian masukkan dlm adunan keju dan kacau sebati.
6. Masukkan buah pic yg dipotong dadu dan kacau sebentar saja.
7. Tuang adunan atas lapisan biskut tadi.
8. Sejukkan dalam petiais hingga keras.
9. Keluarkan kek kemudian hias dgn buah pic yg selebihnya.
No comments:
Post a Comment