Lama betul tak update apa2 n3 kat blog ni...terbiar sepi....
Hari ni nak kongsi...satu resepi yang menarik...dah lama resepi ni tersimpan...dan dah hampir2 terlupa...disebabkan musim cuti sekolah bermula lagi...selongkar semua buku resepi...maka terjumpalah resepi mudah ni..kebetulan semua bahan ada...jadi tak payah nak keluar pergi cari bahan...maka terhasillah resepi pilihan hari ni...macaroni bakar..sedap dicecah dengan sos cili..mayonis dan apa2lah yang sewaktu dengannya..
BAHAN2
2 CAWAN MACARONI [ DIREBUS KEMUDIAN DITOSKAN]
400 GRAM DAGING KISAR
1 PAKET REMPAH KARI DAGING ADABI
4 ULAS BAWANG MERAH [DIMAYANG]
2 ULAS BAWANG PUTIH [DIMAYANG]
1/2 TIN SUSU CAIR
1 CAWAN AIR
10 BIJI TELUR GRED A
GARAM
DAUN SUP, DAUN BAWANG,CILI HIDUP MERAH[DIHIRIS]
UTK HIASAN
BAWANG GORENG UTK HIASAN JUGAK
PENCECAH/ SOS CILI
CARA2NYA;-
TUMIS BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH HINGGA GARING
MASUKKAN REMPAH KARI YG DICAMPUR DGN SEDIKIT AIR
KACAU BIAR REMPAH MASAK DAN MASUKKAN DAGING KISAR..TAMBAH SIKIT AIR BIARKAN HINGGA DAGING MASAK..BUBUH GARAM DAN RASALAH BIAR CUKUP RASA..[KETEPIKAN]
PUKUL TELUR HINGGA SEBATI..MASUKKAN SUSU CAIR DAN AIR...MASUKKAN MACARONI YG DITOSKAN TADI...
KEMUDIAN MASUKKAN REMPAH YG DIMASAK TADI
GAUL SEBATI DAN TAMBAH GARAM KALAU TAK CUKUP MASIN...
ALAS LOYANG DGN KERTAS ALUMINIUM YG TELAH DISAPU SIKIT MARGERIN...TUANG ADUNAN DLM LOYANG...
BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 1 JAM SETENGAH IKUT KEPANASAN OVEN MASING2.
GUNA API ATAS DULU...BILA NAMPAK PERMUKAAN ATAS DAH GARING BARU TUKAR API BAWAH PULAK...
BILA DAH MASAK BOLEHLAH DIHIAS DGN DAUN BAWANG,DAUN SUP, HIRISAN CILI MERAH DAN BAWANG GORENG....